Baru-baru ini, seorang pak cik telah dihadiahkan sebuah kereta Proton Persona baru oleh anak-anaknya.
Haziq Safwan Norzama, 24, bersama adik-beradiknya berusaha kumpul duit untuk membelikan kereta tersebut selepas kereta milik ayah mereka rosak tahun lepas.
Pak cik Norzaman, berumur 58 tahun merupakan bekas penjual ais krim di Ipoh. Beliau disifatkan sebagai seorang yang selalu ceria dan suka berjenaka. Anak-anak pak cik Norzaman pun tidak menyangka ayah mereka akan mengalirkan tangisan gembira.
Sweet kan? Tu lah, selagi parents kita masih ada lagi, kita haruslah berusaha membahagiakan mereka seperti Haziq dan adik-beradiknya.