Datuk Seri Aliff Syukri bukanlah figura yang asing di Malaysia disebabkan dirinya sering kali terpalit dalam perkara-perkara penuh kontroversi.

Dan baru-baru ni, beliau ada membuat satu kenyataan yang berjaya menarik minat netizen.

Nak Pindah?

Selepas tidak henti-henti dihimpit kontroversi yang melibatkan dirinya, Aliff kini tampil menyatakan hasratnya mahu berpindah dan ingin menetap di Australia.

Menerusi temubualnya bersama Utusan Online, beliau juga berhasrat untuk menjual rumhanya dan seterusnya bermastautin di Australia.

Promosi Rumah Lain

Belia turut memuat naik video ‘house tour’ di laman Instagram (IG) miliknya bertujuan untuk mempromosikan salah sebuah rumahnya di ibu kota yang ingin dijual.

Rumah tersebut dikatakan betul-betul berada di atas pusat membeli belah terkenal di ibu kota.

Keputusan Dibuat Sebab Sitausi Semasa

Aliff berkata, keputusan itu dibuat olehnya kerana sudah berputus asa dengan situasi yang dihadapinya di Malaysia.

“Saya rasa macam dah give up duduk di Malaysai. Bila kes Wani ni saya berfikir, ya Allah aku ni buat apa dengan orang. Contohlah, saya tak bersalah, tak tahu kes apa-apa dengan anak angkat saya, oh sayalah kena. Saya ni seolah-olah penjenayah,” katanya dalam video temubual bersama Utusan Online.

Sebab Covid-19 Nak Jual Rumah

Beliau juga turut mendedahkan, selain ekonomi yang merudum sewaktu pandemik Covid-19, beliau nekad nak menjual rumah tersebut kerana beliau mengakui bahawa ia adalah satu bebanan besar buatnya.

Kos penyelenggaran kediaman mewah itu yang agak mahal, menjadi salah satu sebab mengapa dia nak jual rumahnya itu.

“Kalau  ada orang yang nak membeli rumah ni, kalau ada yang mampu, saya akan berpindah,” katanya.

Beliau juga menyatakan hasratnya ingin berpindah ke negara berkenaan kerana mahu mecari ketenangan dan memulakan hidup baru di sana.

Wahh sampai macam tu sekali ya Datuk Aliff nak cari ketenangan. Apa-apa pun semoga urusan Datuk Aliff dipermudahkan.