Cakap pasal perkahwinan, tak dinafikan, memang akan menelan banyak kos, dari pelamin, majlis kahwin, baju, haa banyaklah! Bukanlah semua tapi ada sesetengah pasangan pasti akan bergaduh kalau cerita bab-bab duit ni.

Baru-baru ni, ada viral dekat Twitter dan Facebook pasal seorang perempuan yang tak puas hati duit hantaran kahwinnya kena dibahagikan untuk melangsungkan majlis di pihak lelaki.

Dari: Twitter

RM 25 000 Tu Belah Saya Punya!

Menurut wanita yang dikatakan bakal bernikah bulan depan itu, bakal suaminya telah memberikannya hantaran berjumlah RM 25 000 untuk digunakan bagi majlis di pihak keluarganya.

Tetapi, wanita tersebut terkilan apabila apabila bakal suaminya juga ingin menggunakan wang hantaran itu untuk majlis di belah pihak lelaki.

Katanya, kalau nak majlis dua tempat, tambahlah duit kerana wang tersebut adalah untuk pihak perempuan saja.

Kan awal-awal dah minta RM 25 000 jadi tu hak saya,” jelasnyanya.

Buat Loan, Gaji Potong

Berdasarkan apa yang ditulis wanita itu, dia mengatakan bakal suaminya hanya boleh meminjam RM 25 000 sahaja sebab loan dah banyak, untuk rumah dan kereta lagi.

Kini, bakal suaminya hanya menerima gaji RM 1 000 sahaja sebab telah dipotong untuk bayar loan.

Minta Tangguh, Pinjam

Luahnya lagi, bakal suaminya berkeras untuk mengadakan majlis pada tahun ini walaupun dia telah meminta untuk tangguh setahun lagi bagi mengumpul wang tambahan RM 10 000 untuk membuat majlis di pihak lelaki.

Namun, bakal mak mertuanya juga mencadangkan wang tersebut digunakan untuk majlis kedua-kedua pihak.

Allahu, saya rasa hati dirobek-robek. Hak saya diperkosa. Saya tak boleh terima macam ni

“Perlukah saya batalkan semua ni? Saya sedih diperlakukan macam ni. Saya ada harga diri,” tambahnya.

Tweet yang meraih sebanyak 7.4 ribu retweets itu juga membawa tawa kepada sesetengah netizen kerana mengeja wedding (perkahwinan) sebagai welding (gimpalan).

Haihh, susah jugak nak kahwin ni. Apa-apa pun, harapnya pasangan ni dapatlah berbincang dengan baik dan masalah mereka dapat diselesaikan.