Setiap manusia berhak untuk berubah, begitu juga Bella Astillah dan Aliff Aziz. Walaupun pasangan Aliff-Bella ini pernah beberapa kali diperkatakan netizen disebabkan masalah rumah tangga mereka tetapi ini tidak bermakna mereka tidak akan berubah.

Baru-baru ini, netizen dikejutkan dengan pengumuman yang dibuat Bella bahawa dia dan Aliff sudah rujuk semula dan kini sedang hamil anak kedua.

Anak Diutamakan

Walaupun dikecam ramai disebabkan pendedahan tersebut tetapi Bella mengetepikan kepentingan dirinya kerana apa yang penting adalah perasaan anaknya.

Melalui BH Online, Bella mengakui bahawa dia terlampau ikut perasaan marahnya itu sehingga berkongsikan segala masalahnya di laman sosial.

Bagaimanapun, Bella mengatakan bahawa apa yang berlaku telah mematangkan dirinya dan sedikit sebanyak dia dapat belajar dari kesilapan yang dilakukan.

Aliff Bekerja di Pusat Komuniti Islam

Bella juga mendedahkan bahawa kini Aliff sudah tiga bulan lebih bekerja di sebuah pusat komuniti Islam, Jamiyah, Singapura.

Sebagai isteri, Bella gembira kerana Aliff mahu berubah untuk menjadi lebih baik. Katanya lagi, Aliff terlibat dalam mengagihkan bahan mentah kepada mereka yang memerlukan.

Bella dan anaknya pada Raya Ketiga.

Imej dari: Instagram Bella Astillah

Teknologi Mendekatkan Jarak

Meskipun Bella dan Aliff tidak menyambut Syawal bersama tetapi pasangan ini memanfaatkan kemudahan teknologi untuk mendekatkan jarak mereka.

Bella juga mengatakan walaupun tidak bersama ketika Hari Raya, keluarga kecil mereka tetap berpakaian sedondon berwarna biru muda.

Masing-masing pernah melakukan kesilapan dan peluang untuk berubah itu sentiasa ada selagi nyawa dikandung badan. Apapun, doakan lah pasangan Aliff-Bella ni bahagia sehingga ke hujung hayat.