Setelah Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020, beberapa konflik timbul antara balu arwah, Nor Hidayah dan adik arwah, Ali Puteh.
Sampai sekarang, konflik tersebut masih tidak dapat diselesaikan antara kedua-dua pihak itu dan permulaan konflik mungkin adalah disebabkan oleh pihak ketiga.
Aliff Syukri pencetus konflik?
Seminggu selepas pemergian Abam, Aliff Syukri, usahawan kosmetik terkenal Malaysia, datang melawat balu Abam di rumahnya, dengan tujuan untuk memberi bantuan.
Nak beri bantuan tak salah tapi yang nampak salah di mata netizen adalah apabila Aliff Syukri membuat live ketika kunjungan itu.
Tambahan pula, adik arwah, Ali Puteh juga tidak senang dengan tindakan Aliff Syukri yang sepertinya mengambil kesempatan untuk mengaut untung atas live tersebut. Ali, menerusi laman Instagramnya juga mencabar Aliff Syukri untuk berdepan dengannya dan keluarga.
Aliff Syukri kemudian membalas status Ali, mengatakan dia okay je kalau nak jumpa dan berbincang dengan baik.
Dan nampaknya Aliff Syukri telah pun berjumpa dengan Ali Puteh dan memohon maaf.
Kereta kena tarik, Ali kecam Hidayah
Walaupun konflik antara Ali Puteh dengan Aliff Syukri dah selesai namun, konflik antara balu arwah dan adik arwah masih berterusan.
Semuanya adalah kerana persoalan yang ditanyakan kepada Hidayah dalam live Aliff Syukri yang telah pun viral dalam kalangan netizen.
Soalan yang diajukan oleh Aliff Syukri dan pembantunya adalah soalan mengenai apa perancangan Hidayah selepas pemergian arwah dan juga tentang pembahagian harta.
Hidayah juga mendedahkan melalui live tersebut bahawa keretanya kena tarik dan urusan harta wasiat diuruskan oleh keluarga arwah.
Kenyataan yang dibuat Hidayah memberi perspesi kepada netizen bahawa dia dan anaknya tidak terbela oleh keluarga arwah.
Tambahan pula, status Ali Puteh yang mengecam tindakan Hidayah itu melalui statusnya “bila balu arwah Abam berhati binatang “ menambahkan lagi kemarahan netizen.
Walaubagaimanapun, Ali kemudiannya memadam status tersebut atas nasihat rakan-rakan artis. Rata-rata netizen juga merasakan tindakan Ali itu tidak patut terhadap kakak iparnya itu.
Ali, Hidayah berbalas saman
Sekarang, konflik ini bertambah rumit apabila balu arwah dan adik arwah berbalas saman.
Memetik laporan Harian Metro, Ali Puteh mengatakan bahawa bekas kakak iparnya itu telah menghantarnya surat saman bermula sejak 16 hari selepas arwah meninggal dunia iaitu pada 26 Februari 2020.
Menurut Ali, Hidayah telah memfailkan saman terhadapnya dan keluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM 900 000. Antara tuduhan lain yang dibuat oleh Hidayah kepadanya dan keluarga adalah mengambil harta arwah dan harta anak yatim, tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.
Hidayah juga ada menuduhnya mengambil wang arwah dari dalam rumah dan mengambil jam-jam tangan yang mana adalah tuduhan tak berasas dan bersifat fitnah, kata Ali.
Pengakuan Hidayah
Walaubagaimanapun, menurut laporan mStar, Hidayah mengaku menerusi peguamnya bahawa dia mengeluarkan wang berjumlah RM 10 000 dari akaun bank Abam dan mengambil empat jam tangan milik arwah.
Namun, kata Hidayah, kesemua wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun anak mereka iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey kerana bimbang direbut keluarga arwah.
Hidayah juga memberitahu bahawa dia tak bertanggungjawab terhadap semua kenyataan yang dibuat oleh Aliff Syukri atau wakil atau ejennya dalam video yang viral sebelum ini.
Mengambil keputusan berdiam diri
Menerusi Astro Gempak, Nor Hidayah memilih untuk tidak mengulas dengan lebih lanjut berkaitan saman yang dikeluarkan oleh adik iparnya, Ali Puteh.
Katanya, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana dia percaya, satu hari nanti kebenaran pasti terbongkar.
Sebutan kes saman difailkan Ali terhadap Hidayah berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 26 Ogos 2020.
Harapnya konflik ini dapatlah diselesaikan dengan baik.