Iqram Dinzly merupakan seorang yang amat berbakat namun tindakannya suatu ketika dahulu pernah mencetuskan kontroversi dan meninggalkan tanda tanya di kalangan peminat mengenai keadaan dirinya.

Dan nampaknya, keadaan dirinya kembali menjadi perbualan dalam kalangan netizen sama ada dia sudah pun semakin pulih ataupun tidak.

Berpakaian Seperti Wanita

Sebelum ini, Iqram mendapat perhatian netizen apabila dia berpakaian seperti wanita di media sosial dan baru-baru ini, dia kembali menjadi sebutan apabila lagi sekali, dia mempamerkan dirinya berpakaian dan berkelakuan seperti wanita.

Dia dilihat telah memakai baju dalam bewarna hitam dan bertutur mengenai beberapa isu seperti rambut, kulit dan beberapa hal lain seakan-akan menunjukkan dirinya sebagai seorang wanita.

Dia juga dilihat membahasakan dirinya sebagai ‘sis bro’serta menari di samping menyatakan hasratnya untuk berenang sambil memakai baju renang ‘bikini’.

Luahan Netizen

Meninjau ruangan balas di Twitter, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan menerusi ciapan mereka sama ada pelakon ini sakit.

Mereka juga turut menulis yang dia perlu dirawat dan ada juga yang tampil memberitahu bahawa Iqram sebenarnya seorang yang normal apabila di luar serta  gemar bergurau di media sosial.

Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik buat Iqram ye gaiss! Jangan kecam pulak.