Rasanya sejak awal tahun ini, Kak Lopa telah menjadi bahan hiburan para netizen yang tak habis habis mengecam setiap perbuatannya.
Pertama sekali, kena kecam sebab pergi honeymoon di Pulau Pinang semasa PKP, lepastu kena kecam sebab mengadakan majilis akad nikah yang melanggarkan SOP.
Lepas dah kena siasat polis dan dah kena saman, kena kecam lagi sebab saman yang diberi terlalu ringan pulak. Dah naik mahkamah, kena kecam lagi netizen kerana kantoi tak pakai penutup muka bawah niqabnya.
Haih, kesian dia, macam macamlah artis “kesayangan” ini telah lalui beberapa bulan yang lepas, banyak betul cabaran.
Oh Vivi…kenapa tak nak ulas?
Kebelakangan ini, netizen lagi sekali memberi kecaman terhadap pelakon telemovie Wan Embong itu. Ia semua bermula dengan satu video oleh personaliti Viviana Abdullah yang membandingkan antara Fazura dan Neelofa.
Di dalam video tersebut Viviana menceritakan yang dia pernah bekerja dengan Neelofa jadi dia tahu perangai sebenar Neelofa macam mana, tetapi enggan mengulas lebih.
Netizen sambung cerita
Walaubagaimanapun, video Vivi cukup untuk seorang netizen tampil dan komen pengalaman tersendiri semasa berkerja dengan Neelofa.
Menerusi ciapannya, netizen ini mendakwa Neelofa adalah seorang majikan yang teruk dan mengatakan usahawan wanita ini mempunyai personaliti yang biadap.
Namun nampaknya bukan pengguna ini seorang yang mempunyai pengalaman pahit dengan Neelofa apabila ciapan tersebut menerima beberapa balasan, yang mengatakan mereka mempunyai pengalaman yang serupa.
Bukan sahaja Neelofa yang kena kecam, malah pekerjanya jugak kena dengan warga netizen, yang mendakwa mereka pun sama biadap.
Menarik betul cerita mereka ni, namun bagi netizen lain sebagai pembaca, semua dakwaan ini mungkin setakat dakwaan sahaja. Yang pernah kena je tahu kot. Entahlah, tak nak cakap lebih.