Dalam dekad ini, artis hip hop tempatan makin meningkat bab populariti, ada juga antara mereka yang menjadi kegilaan remaja. Kalau sebut Caprice pula, memang dia ni sudah mencipta nama yang agak terkenal dalam Malaysia.
Dengan jumlah pengikut yang ramai, Caprice boleh tahan berpengaruh juga. Tapi boleh pula dia melakukan perkara yang agak menyakitkan hati satu pihak, iaitu penduduk negeri yang sering menerima kecaman iaitu Kelantan.
Benci terhadap orang Kelantan
Baru-baru ini, Caprice meninggalkan komen di pos yang dimuat naik oleh profil Instagram milik igkelantan yang mengatakan negeri Kelantan merupakan negeri yang mempunyai rekod tinggi berkenaan dadah, pembuangan bayi, dan pedofilia.
Beliau juga ada mengatakan majoriti orang Kelantan tidak fasih berbahasa Inggeris. Kesemua kata-kata Caprice ini amatlah sensitif kerana melibatkan negeri lain. Dan kesemua komen ini dilemparkan tanpa motif pula tu.
Orang Kelantan tidak duduk diam
Ada pertubuhan bukan kerajaan dari Kelantan telah membuat laporan polis terhadap Caprice. Pertubuhan Anak Kelantan ini mendakwa Caprice menghina negeri mereka dan sangat hampa dengan perbuatan ikon tempatan itu.
Itulah, walaupun popular, janganlah sesuka hati beri penyataan tanpa fikir kesannya atas orang lain. Harap-harap Caprice ambil iktibar, dan tolong jangan koyak.