Sebelum ini usahawan dan pelakon Neelofa dan PU Riz menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat gara-gara beberapa kontoversi yang melibatkan keluarga Neelofa dan tunangnya itu.

Apa yang membuatkan hubungan mereka menjadi pertanyaan ialah Neelofa didakwa tidak lagi memakai cincin risik yang diberi oleh keluarga PU Riz ketika majlis merisik diadakan tempoh hari berikutan kontoversi yang telah melanda keluarga mereka berdua.

Cincin Tersarung Manis?

Kelmarin menerusi Instagram Story Neelofa, sebuah video pendek telah dimuat naik olehnya dan kelihatan ada sebentuk cincin kembali tersarung di jari manis Neelofa.

Ianya kelihatan dengan jelas menerusi video yang dimuat naik olehnya untuk tujuan promosi produk pakaian terbaharu milik ibunya, Datin Noor Kartini serta perniagaan hasil usahasama  bersama PU Riz iaitu Markaz Tijari.

Peminat Gembira

Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada cincin yang dipakai Neelofa itu benar-benar cincin risik yang diberikan PU Riz, namun peminat kedua-dua selebriti ini nampaknya gembira dan turut mendoakan yang terbaik untuk hubungan mereka berdua.

Status perhubungan Neelofa pernah menjadi tanda tanya selepas dilaporkan berantakan susulan beberapa ahli keluarga ushawan tudung  berjenama Naelofar itu memuat naik status berbaur sindiran serta difahamkan ditujukan kepada PU Riz di dalam Instagram.

Sehigga kini, kedua mereka tidak memberi sebarang penjelasan mengenai hubungan mereka.

Wahh kalau betul bagus lah! Kita doa yang baik-baik buat Neelofa dan PU Riz.