Siapa je tak bengang kalau kena fitnah, lagi-lagi bila tak ada kenyataan rasmi pun yang mengatakan mereka salah.
Datin Alyaa Syuhaila dan suaminya, Datuk Seri Addy Kanna adalah pasangan suami isteri yang menjadi perbualan hangat netizen kerana dikaitkan dengan aktiviti haram seperti penggubahan wang haram dan Macau scam.
Tiada sebarang kenyataan rasmi yang mengatakan pasangan itu terlibat dan nampaknya, Datin Alyaa Syuhaila dah tak tahan kena fitnah netizen.
Nak tuduh apa lagi?
Menerusi laman Instagramnya, Alyaa meluahkan perasaan tidak puas hati apabila suaminya dituduh sebagai individu yang melarikan diri dengan melompat pagar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bukan itu sahaja, suaminya juga dicaci dan dihina oleh segelintir netizen yang menyamakan bentuk badan suaminya ‘gemuk macam babi’.
“Asal Datuk Seri je suami saya kena. Asal lari je suami saya kena tuduh. Siap orang panggil gemuk babi bagai. Kenapa, keluarga korang tak ada yang gemuk ke? Tanya je, ke muka diaorang macam babi?
“Lepas ni apa lagi korang nak tuduh? Terutamanya media yang suka viralkan benda belum sahih! Yang netizen pun sibuk nak menghukum orang lain, semua acah-acah ahli syurga. Sendiri tak cermin muka, cakap macam tak ada agama.
“Dasar manusia munafik!,” luahnya di IG Story.
Buktikan dulu
Alyaa juga meminta agar netizen berhenti buat cerita selagi mereka belum disabitkan kesalahan.
“Berhenti la buat cerita bukan-bukan, biar polis lakukan siasatan. Kalau dah ada bukti kami Macau Scam baru korang boleh cakap apa je.
“Kalau kami ni Macau Scam, buktikan dulu…Kalau kami tak buat scam boleh jatuh fitnah. Yang menghasut ni pun acah-acah ahli syurga.
“OKT maksudnya Orang Kena Tangkap. Tapi belum tentu orang kena tangkap tu bersalah. SPRM jalankan siasatan.
“Kes ini pun masih dalam siasatan dan kami akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk membantu SPRM,” tulisnya.
Tak ada kaitan
Alyaa juga menjelaskan bahawa dia tidak terlibat dengan kegiatan haram tersebut dan disebabkan itulah akaun media sosialnya masih aktif seperti biasa.
“Saya pernah cakap sebelum ini saya dan suami tiada kaitan dengan Macau Scammer ini. Kalau saya menipu duit orang dah lama saya lari dan tutup akaun IG ni.
“Tapi orang fitnah kami sana sini cakap kami Macau Scam. Ada berita mentioned nama kami?,” jelasnya,
Alahai netizen, kena panggil SPRM, tak semestinya konfem bersalah, dorang bantu siasatan je. Apa pun, semoga semua urusan dipermudahkan.