Walaupun sering terpalit dengan kontroversi, namun ianya tidak menghalang Anju atau namanya Zarina Anjoulie Lavocah untuk terus membantu golongan yang memerlukan.

Namun, semalan dia turut berkongsi satu berita sedih yang dialaminya.

Mengalami Keguguran

Anju mengakui yang dia hamil beberapa bulan lalu, namun telah mengalami keguguran baru-baru ini.

Berita sedih tersebut dikongsi oleh Anju menerusi sebuah entri di laman sosial Instagramnya (IG) pada Rabu lalu.

Anju turut berkongsi tentang kesedaran mengenai bahaya dan kesan sampingan melakukan suntikan ‘filler’ di bahagian payudara.

“Anju share apa yang anju lalui sekarang ni ye. Please don’t judge dan diharap anda semua terbuka dengan perkongsian ini.

“Tujuan Anju share bukan untuk nak jatuhkan orang, tetapi untuk create awareness. Anju sendiri tengah lalui benda ni, jadi Anju nak berkongsi dengan korang semua.

“Sekarang Anju tengah cuba untuk selesaikan masalah ini dengan Doktor Chiam. Kalau dia tak boleh buat, dia akan rujuk Anju dekat pakar.

“Tujuan Anju kongsi sebab Anju tahu ramai yang dah buat atau nak buat tapi malu dan segan nak tanya or cari penyelesaian.saya akan kongsi perjalanan ini dengan anda nanti,” katanya positif.

Buang Filler

Menerusi video berdurasi lima minit itu, Anju berkata dia mengambil keputusan untuk mengerluarkan semula ‘filler’ di bahagian payudaranya selepas berasa sakit di bahagian tersebut.

Hal itu membuatkan dia mula terfikir akan kesam sampinga ‘filler’ tersebut sekiranya dia hamil lagi pada masa akan datang.

“Saya akan pergi bertemu Doktor Chiam untuk rawatan mengeluarkan ‘filler’ di bahagian dada. Ini adalah rancangan sebelum saya hamil lagi nanti,” katanya.

 Anju turut memohon kepada warganet agar tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana keputusan untuk memasukkan ‘filler’ adalah kemahuan dirinya bukan paksaan.

“Ia adalah keputusan saya untuk letak barang terlarang dalam badan. Jangan salah anggap dengan video ini atau jangan salahkan tempat saya pergi buat ‘filler’ dulu.

“Video ini dikongsi sebab sekurang-kurangnya korang semua tahu apa nak buat selepas ini,” katanya lagi.

Sedih pulak dengar berita ini. Apa-apa pun semoga Anju ada rezeki untuk hamil lagi pada masa akan datang. Semoga segala urusan Anju dipermudahkan di masa hadapan.