Sejak wabak Covid-19 mula menular di negara Malaysia, Dr Noor Hisham telah menjadi individu yang dinanti-nantikan untuk memberi pengumuman mengenai situasi terkini wabak itu di negara.
Namun, kini kes seharian sudah mencecah setinggi 13k sehari, dan segelintir rakyat telah mengecam Dr Noor Hisham kerana “gagal” memerangi virus covid.
Hak mempertahankan
Baru-baru ini, seorang pegawai Azmin Ali telah mengecam Dr Noor Hisham Abdullah, dan mengessa beliau untuk berundur.
Gesaan yang dibuat oleh pegawai tersebut, telah menyebabkan penyanyi dan pelakon Azza Elite mempertahankan Dr Noor Hisham menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya.
Bagi Azza, dia kecewa dengan sikap mereka yang mengktritik cara Dr Noor Hisham menangani pandemik ini, dan dia berpendapat ia tidak wajar orang ramai terus lupa jasa beliau bertungkus lumus memerangi Covid-19 sejak awal lagi.
“Jangan buat kenyataan aneh-aneh sangat wak…Lebih baik tutup mulut tu!
“Minta maaf sebab kadang-kadang orang macam ni kita kena bagi tahu. Sebab dia pun tulis kat Twitter kan, jadi kita pun ada hak pertahankan apa yang kita nampak!” tulisnya di Instagram
Azmin kena kecam pulak
Pengikut Azza juga kelihatan menyuarakan sokongan mereka untuk ayat pedas Azza kerana di ruangan komen, ramai pengikutnya menyatakan pandangan sama.
Malah, ada yang kata pegawai itu silap dan yang gagal bukanlah Ketua Pengarah Kesihatan itu.
Kan tak memasal Azza bagi sedas. Apapun, eloklah artikel ni diakhiri dengan petikan coretan Azza ‘bro kita semua nampak bro! Kita semua nampak siapa buat kerja siapa yang tak’.