Pernah terpalit dalam kontroversi yang serupa beberapa tahun lalu, penyanyi Siti Nordiana atau lebih mesra dikenali Nana, menafikan sekerasnya bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan pengurusnya, Anas.

Hal ini timbul sekali lagi berikutan desas-desus yang mengatakan bahawa Nana sukar untuk membuat keputusan sendiri dalam tindakannya kerana dipantau sepenuhnya oleh Anas.

Profesional bekerja

Menerusi laporan Harian Metro, Nana dengan tegasnya mengatakan bahawa dia dengan Anas memang sepenuhnya berurusan tentang soal kerja.

“Saya diam-diam sekarang pun, ada juga muncul cerita ini lagi. Baiklah, selama menjadi pengurus, Anas tak pernah mengawal segalanya termasuk tindakan dan keputusan saya. Kami selalunya akan berbincang.

“Untuk kaitan kisah cinta itu, ia perkara lama. Sebelum ini pun,  kami pernah dikatakan bercinta dan saya sudah memberikan penjelasannya.

“Sekarang, kalau masih timbul lagi yang kata kami bercinta, biarlah. Saya tak perlu ambil peduli pun, sebab ia hanya gosip dan dakwaan sahaja. Kami pun profesional bekerja,” ujarnyanya kepada Harlan Metro.

Tanggungjawab pengurus

Manakala bagi Anas pula, dia melihat tindakan yang dikatakan terlalu ‘mengawal Nana’ itu adalah tanggungjawabnya sebagai pengurus yang dibayar gaji setiap bulan.

“Saya hanya menjalankan tugas sebagai pengurus Nana. Malah, setahu saya selama ini Nana tak terlalu dikawal pun, cuma saya selalu pastikan dia memberi kerjasama baik kepada semua pihak yang berurusan dengan kami.

“Apapun, saya tak terkejut langsung dengan dakwaan yang timbul kerana dah pelbagai cerita dilemparkan, tapi saya biar dan tak layan,” jelasnya.

imej dari: tehtarikkaw.com

Kena kawal, tak semestinya ada hubungan istimewa, kadang-kadang pengurus buat macam tu sebab nak jaga imej artis, alahai sesetengah netizen pun….