Konflik rumah tangga Shuk Sahar dan isterinya, Ros Sera adalah topik yang hangat yang diperkatakan oleh netizen meskipun pasangan itu telah pun berbaik kini.

Disebabkan krisis rumah tangganya itu, kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung sementara sehinggalah diumumkan pada hari ini bahawa kontraknya ditamatkan.

Langgar kontrak

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapati Shuk bersalah dan telah melanggar kontrak serta terma perjanjian.

“Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM ditamatkan berkuatkuasa hari ini (Khamis).

“Selepas selesai siasatan dalaman mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk seperti yang sudah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatannya sebagai penyampai radio Hot FM.

“Shuk juga telah dimaklumkan mengenai hal ini,” jelasnya menerusi satu kenyataan media.

Terima dengan hati terbuka

Susulan berita tersebut, Shuk menerusi laporan Harian Metro, berkata dia okay dan menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka, yang dianggap adalah keputusan terbaik dibuat pihak penggurusan stesen radio itu.

“Saya okey dan terima keputusan Hot FM. Saya faham mereka punya bahagian.

“Apa pun, keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik buat Hot FM. Jadi saya terima, cuma buat masa sekarang saya belum bersedia untuk bercerita lanjut. Beri saya ruang dalam tempoh sehari dua ini,” katanya.   

Hmm, ada lah tu rezeki lain untuk Shuk, moga bertabah ya.