Disebabkan tindakannya yang mempersendakan cara sebutan bahasa Inggeris seorang guru wanita menjadi tular di laman sosial sehingga menerima keceman ramai, penyampai radio Hitz FM Sarawak Yusuf akhirnya meletak jawatan.

Perkara itu telah diumumkan menerusi akaun Instagram rasmi Hitz FM Sarawak pada 22 Februari.

Terima peletakan jawatan

Selepas siasatan dalaman yang telah dilakukan oleh stesen radio tersebut susulan kejadian yang membabitkan salah seorang penyampai radio mereka, Hitz FM Sarawak dilaporkan telah menerima peletakkan jawatan Yusuf pada 22 Februari.

“Hitz FM tetap komited untuk terus memberi maklumat dan hiburan kepada rakyat Malaysia.

“Susulan siasatan dalaman kami tentang kontroversi baru-baru ini yang membabitkan salah seorang penyampai kami, pihak kami sudah menerima peletakkan jawatannya berkuat kuasa 22 Februari 2021,” jelas Hitz FM Sarawak secara ringkas di Instagram.

Mohon Maaf

Sebelum ini, Yusuf telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi akaun Instagramnya, setelah video TikTok dia yang mempersendakan cara sebutan bahasa Inggeris guru wanita itu menjadi tular di laman sosial sehingga mendatangkan kecaman.

Menerusi video permohonan maafnya itu, Yusuf turut meminta bantuan agar dia dapat dihubungkan dengan guru berkenaan bagi membolehkan dirinya memohon maaf atas tindakannya.

Setakat artikel ini ditulis, Yusuf masih belum melakukan sebarang kemaskini dan memaklumkan tentang perletakan jawatannya itu.

Ini yang dikatakan kerana mulut, badan binasa. Harapnya dapatlah dijadikan pengajaran dan goodluck Yusuf untuk kerjaya akan datang.