Sheila Rulsy merupakan seorang penerbit dan pelakon yang sangat verstail. Naskah serta lakonan yang dia hasilkan sering mendapat pujian daripada penonton.

Namun, baru-baru ini Sheila telah mendapat perhatian netizen apabila dikatakan telah mempromosi veener palsu di Instagram (IG) miliknya.

Mengundang Kecaman

Sheila dikatakan telah mengundang kecaman wargamaya apabila didakwa menggunakan perkhidmatan serta mempromosikan perkhidmatan doktor gigi yang dikatakan palsu.

Menerusi sebuah posting IG, dia berkongsi beberapa keeping foto melakukan veener gigi sambil mempromosikan sebuah pusat kecantikan.

“Sis tetap senyum walaupun akan terkurung dua minggu. Adakah ini dugaan atau kepentingan?” tulisnya sebagai kapsyen poting tersebut.

Foto Telah Dipadam

Walaubagaimanapun, foto yang dimuatnaik oleh dia pada Selasa itu telah pun dipadam apabila kebanyakkan warganet meninggalkan komen berbentuk nasihat serta kecaman.

Setakat ini Sheila masih berdiam diri dan tiada kenyataan yang keluar dari pihaknya.

Reaksi Netizen

Hasil tinjauan di laman Twitter, ada beberapa pengamal perubatan yang sempat melakukan tangkap layar pada posting berkenaan dan menyebarkan keburukkan melakukan veener pada doktor gigi plasu atau mana-mana doktor yang tidak punya kelayakan.

“Community dentist dikejutkan lagi dengan tindakan seorang selebrity mempromosi fake dentist. Ini bukan soal menutup periuk nasi. Ini soal membahayakan masyarakat! Tidakkah ia menjadi tanggung jawab sosial kita supaya ia dapat dielakkan? It takes a village to raise a kid,” komen seorang pengamal perubatan.

“Memang patut la industri perfileman Malaysia rupa itu je. Jangan cakap nak drama medical setanding korea kalau director pun pergi buat fake veneer dekat “medispa” konon 6d diamond whitening Rolling on the floor laughing promoting this to her 2.7m followers, macam mana lah kami ni tak letih,” komen lagi seorang pengamal perubatan.

Hmmm buat netizen semua kalau nak buat veneer pastikan pergi klinik yang betul ya, nanti tak pasal-pasal memudaratkan diri sendiri bila buat veneer dekat doktor gigi palsu.