Heboh suatu ketika dahulu apabila Zarina Anjoulie atau lebih mesra dipanggil Anju telah menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih hati, yang dikenali sebagai Yas pada Julai tahun lalu.

Namun, sepertinya perkahwinan mereka berdua ini telah mengalami keretakan apabila Anju mendedahkan perkara tersebut di laman sosialnya.

Sah bercerai?!

Menerusi satu posting terbaru di Instagram (IG), Anju telah memaklumkan yang dia sudah bercerai dengan suaminya selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Anju telah memuat naik satu gambar berserta tulisan “Alhamdulilah yeay. Aku dah cerai best day of my life. Alhamdulilah terima kasih Yas,”.

Anju juga dilihat telah menutup ruangan komen di posting itu.

Umum bercerai

Namun, tidak lama setelah hantarannya itu, Anju telah tampil menerusi sebuah posting di IG miliknya dan mengesahkan bahawa dia dan suaminya sudah bercerai.

“Saya secara rasminya telah cerai. Kami tidak sehaluan lagi dan penceraian ialah pilihan sendiri. Terima kasih kerana ambil berat,” katanya menerusi posting tersebut.

Jelas Anju lagi, dia juga ingin menggunakan masanya kini untuk menumpukan soal anak dan keluarga.

Tempoh perkahwinan mereka yang belum menjangkau usia setahun itu telah mengejutkan ramai peminatnya.

Tambah pula, Anju sering kali dilihat bersama suaminya kemana-mana sahaja dan kelihatan sangat bahagia.

Hmm semoga dipermudahkan urursan buat mereka berdua dan doa yang terbaik buat mereka.