Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial tentang tindakan salah seorang peguam Siti Bainun iaitu Nur Hafidzah Hassan yang berkongsi sekeping foto di laman Instagram miliknya yang mana ia telah mengundang kecaman netizen.
Rata-rata mempersoalkan barisan peguam yang bergambar dengan Siti Bainun itu seolah-olah gembira dan tidak menghormati keadaan yang menimpa Bella malah ada diantara mereka yang menunjukkan gaya ‘peace’ dan ‘mini love’.
Beri penjelasan
Hafidzah tidak berdiam diri, malah dia tampil memberi penjelasan menerusi satu video bahawa dia mengambil kes tersebut selepas membaca dokumen dan percaya versi anak guamnya.
“Tak menjadi kesalahan apabila peguam mengambil gambar dengan anak guam. Tak ada masalah, malah kita tak terikat dengan etika yang mengatakan tidak boleh bergambar dengan OKT (orang kena tuduh), sepatutnya perkara ini tak sepatutnya jadi isu,” kata Hafidzah.
“Masih terlalu awal untuk kita membuat andaian terhadap sesiapapun, sebaliknya kita tunggu sahaja keputusan mahkamah nanti dan berdoa supaya kebenaran akan terbongkar, kata Hafidzah.
Koyak dikecam netizen
Menerusi video yang sama juga, Hafidzah mohon rakyat Malaysia supaya bersikap adil dan perhati kedua-dua belah pihak.
“Sebab tu dalam apa-apa kes, you tanya both side, jangan sibuk hal orang yang takde kena mengena dengan you pun, nak sokong tak bertempat,” tegasnya.
“Sokong jela diam-diam pastu nak tuduh-tuduh, peguam ni wakil je,” tambah Hafidzah.
Netizen berpendapat bahawa Hafidzah tidak sepatutnya memuatnaik apa-apa perkongsian pada awalnya lagi-lagi apabila perbicaraan kes Bella sedang berlangsung malah netizen mohon hormati perasaan orang lain kerana isu ini adalah isu sensitif.