Sebuah eksperimen sosial oleh Bros Gang TV telah menjadi viral di media sosial apabila seorang wanita ini diuji oleh teman lelakinya sendiri.
Wanita tersebut dikatakan ‘curang’ dan dipanggil ‘gold digger‘ atau pisau cukur kerana memilih wang berjumlah RM20 ribu dari teman lelakinya.
Netizen berang dengan video ini – ada sesetengah yang support teman lelaki tersebut dan mengecam wanita tersebut kerana sanggup memilih duit, berbanding dengan kekasih sendiri. Pada masa yang sama, ada juga netizen yang lihat dari perspektif wanita itu, yang tiada pekerjaan dan terdesak untuk mencari duit, bersetuju dengan deal tersebut.
Disamping itu, netizen mengkritik tukang content video itu, mereka berpendapat bahawa isu kehilangan kerja serta kewangan terutamanya pada masa seperti ini isu yang tidak seharusnya diperlekehkan. Eksperimen sosial seperti ini mengeksploitasi atas kesusahan dan menjatuhkan maruah seorang wanita semata-mata untuk views.
Apa pendapat anda mengenai isu ini?