Guna ‘cable’ langgar arahan PKP

Dengan penularan wabak COVID-19 yang masih berleluasa, pihak kerajaan telah memutuskan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak ini namun ada segelintir pihak yang bertindak melanggar arahan yang dikeluarkan ini.

Tindakan seorang individu ini telah membuatkan ramai orang berang dengan sikap tidak bertanggungjawabnya apabila dia memuat naik status di laman Twitternya menyatakan yang dia akan melakukan cubaan merentas negeri untuk pulang ke kampung halamannya.

Sekadar mencuba nasib menggunakan orang dalam

Dia juga mendakwa di dalam ciapannya yang dia cuba untuk mendapatkan bantuan Ketua Polis Negara menerusi bapanya bagi membolehkan dia pulang ke kampung di Kuantan.

Imej dari: Free Malaysia Today

Namun, perkara ini dinafikan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador yang dia tidak pernah dihubungi mana-mana pihak atau individu untuk mendapatkan kebenaran bagi membuat pergerakan ke mana-mana destinasi.

Tetap degil dan meneruskan perjalanan pulang ke kampung

Individu tersebut kemudiannya memuat naik sebuah video memaparkan yang dia sedang dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Kuantan dan tindakannya itu telah membuatkan orang ramai marah dengan sikapnya yang melanggar perintah yang telah dikeluarkan.

Selepas mendapat kritikan netizen, wanita berkenaan bertindak memadamkan akaun media sosialnya, namun beberapa tangkap layar status berkenaan masih berlegar-legar di media sosial.

Share