Sebut sahaja nama Datuk Seri Aliff Syukri, mesti semua kenal dengan usahawan kosmetik ini.
Meskipun dilanda beberapa kontroversi, namun ianya tidak mampu menjejaskan reputasi perniagaanya.
Untuk anak
Menerusi laman Instagramnya, Aliff Syukri menyatakan kerja kerasnya selama ini adalah untuk anak-anaknya, bukanlah untuk tujuan lain.
Menurut usahawan kosmetik itu, dia inginkan anak-anaknya merasa kemewahan yang tidak diperolehinya sewaktu kecil dulu.
“Kenapa saya bekerja keras sebab saya ingin menjadi seorang abah. Adalah satu impian saya daripada remaja lagi.
“Saya ingin menjadi seorang superhero kepada anak-anak saya terutama anak perempuan saya, saya nak anak perempuan saya dipandang tinggi.
“Saya nak buat anak saya yang paling istimewa sebab tu setiap anak saya akan belikan insuran, simpanan tunai.
“Habis sahaja sekolah saya akan belikan kereta sport, akan pastikan mereka belajar di universiti luar negara, saya beri penjagaan terbaik dan beri masa setiap hari dengan mereka terutama sewaktu remaja.”tulisnya di Instagram.
Pasangan terbaik untuk anak-anak
Aliff juga ingin memastikan bahawa anak-anaknya memilih pasangan yang terbaik buat diri mereka.
“Dan saya akan pastikan calon pasangan yang terbaik buat anak kesayangan saya kelak.
“Macam saya sayang anak saya dia kena buat lebih, sebab saya tak dapat ketika kecil dahulu. Dengan syarat mereka hormat saya dan tidak lalai dengan dunia dan akhirat,” tulisnya lagi.
Didikan yang terbaik
Pelantun lagu Haruman Syurga tersebut turut mengakui berasa takut sekiranya didikan yang dirinya dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida berikan itu merupakan didikan yang salah.
Walaubagaimanpun Aliff tetap mendoakan agar anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah di dunia dan juga akhirat.
“Mungkin Allah takdirkan saya tidak senang ketika saya kecil dan kesenangan ini diberi untuk anak-anak saya merasa.
“Saya nak suatu hari nanti anak-anak bukan sahaja menjadi anak yang senang di dunia Allah S.W.T tetapi saya akan pastikan mereka semua senang di akhirat, amin.
“Bila anak dah membesar saya secara automatik terasa takut kalau salah cara mendidik anak. Doakan saya menjadi seorang ibu bapa yang terbaik untuk mereka,” tulisnya lagi.
Untung betul anak-anak Aliff Syukri ni ya. Apa-apa pun semoga anak-anak Aliff Syukri ini mampus membalas jasanya bila mereka dah besar kelak. Semoga keluarga Aliff Syukri berada di bawah lindungan dan rahmat Allah S.W.T