Pengakuan Janna Nick bahawa dirinya mengalami gangguan bipolar dan sedang menjalani rawatan telah mengundang banyak simpati daripada warga netizen.

Tapi gelagat terkini kekasihnya, pelakon Dini Schatzmann, yang seperti hilang minda menjadi kerisauan baru warga netizen kepada kesihatan mental Janna Nick.

Aik, dah jadi Sajat ke?

Di dalam satu hantaran di Instagram peribadinya, pelakon filem 30 Pesanan Saura itu dilihat memakai persalinan perempuan.

Situasi menjadi lebih hangat bila kekasihnya, Janna Nick pula berkata bahawa dia kurang senang dan naik marah dengan gelagat Dini yang dikatakan sangat memalukan.

Ramai peminat mula risau akan kesihatan mental Dini memandangkan kini Malaysia dibawah Perintah Kawalan Gerakan 3.0 dan banyak sahaja laporan rakyat mula hilang diri akibat tekanan.

Ini semua satu gimik sahaja

Namun kini, Dini dah tampil untuk menjelaskan kelakuannya di dalam video tersebut di dalam satu temu ramah dengan Kosmo! Online.

“Saya harap orang ramai tidak ambil serius berhubung video penjagaan wajah yang memaparkan saya berpakaian seperti wanita dalam hantaran berkenaan.

“Itu hanya hiburan untuk pengikut saya malah segala-gala yang ditunjukkan dalam video berkenaan bukan menunjukkan personaliti saya yang sebenar.

“Janana pun tahu pasal hantaran yang saya buat. Dia tak marah pun masa memuat naik beberapa hantaran di Instagram story kerana pada masa sama dia juga bergurau.

“Kami sama-sama tahu, jadi tidak timbul isu kami bergaduh atau saya perlu memujuknya. Kami okay saja’” kata pelakon filem Marry Me Senorita itu.

Jadi peminat Janna Nick itu tak perlulah risau  lagi dan kacau Dini suruh dia pergi pujuk Janna, ini semua hanya satu lawak dalaman di antara kekasih tersebut.