Pada pagi hari ini, Fad Boceh telah kongsikan satu berita gembira menerusi laman Instagramnya.

Cahaya mata baru

Fad mengumumkan bahawa isterinya, Syaheera Rahman telah selamat melahirkan bayi lelaki awal pagi tadi.

“Assalammualaikum, salam subuh semua.Syukur Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, tarikh hari ini 20/10/2020 jam 4:41pagi, isteri saya selamat melahirkan baby boy,” tulisnya.

Memilih nama yang indah

Fad turut berkongsi yang dia serta isterinya telah memilih nama yang cukup indah untuk bayi baru mereka.

“Selamat datang baby mummy dan daddy, Ibrahim Jibriel Bin Mohamad Fadzlie,

“Terima kasih semua yang mendoakan kami. Terima kasih banyak my love

@syaheeraarahman, I love you so much,” tulisnya lagi.

A group of young children standing next to a horse

Description automatically generated

Cahaya mata keempat

Baby baru itu merupakan anak keempat buat Fad dan Syaheera. Sebelum ini mereka memiliki tiga cahaya mata iaitu sepasang kembar lelaki dan seorang perempuan.

Dengan kehadiran bayi ini, pasangan Fad dan Syaheera kini memliki empat cahaya mata yang cukup comel.

https://www.instagram.com/p/CGir-6PF-YP/?utm_source=ig_web_copy_link

Wah, baby boy lagi nampaknya. Tahniah Fad dan Syaheera, comel betul baby boy tu. Namanya pon indah seindah tuannya.

Buat Syaheera, selamat berpantang sis. Semoga baik-baik sahaja buat Fad dan Syaheera sekeluarga.