Berikutan pandemik Covid-19 di negara semakin membimbangkan, di tambah pula dengan pelaksanaan darurat serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), telah menyebabkan kebanyakan rakyat terjejas.
Oleh kerana situasi teruk ini, kempen #benderaputih mula tular di sosial media, dimana rakyat yang memerlukan bantuan, boleh meletakkan bendera putih di halaman rumah masing-masing untuk memberi isyarat.
Walaupun dimulakan dengan niat suci, kempen tersebeut telah diperlekehkan oleh pelbagai pihak “kayangan”.
Apo ni Dato’ Vida?
Baru-baru ini, Datuk Seri Vida telah memuat naik video di TikTok miliknya d imana beliau singgah membeli di sebuah gerai di kawasan perumahan.
Di dalam video tersebut, beliau menjawab pertanyaan pengikutnya yang memohon bantuan makanan.
Namun, netizen terkejut apabila dia berkata yang meminta bantuan ini sepatutnya berusaha keras daripada bergantung dengan bantuan bendera putih.
Dia turut berkata orang orang sebegini tidak boleh menjadikan pendapatan terjejas akibat PKP sebagai alasan. Haih
Netizen apa lagi…kecamlah
Video usahawan popular Kelantan itu mendapat pelbagai reaksi netizen dan ramai netizen menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pendapatnya.
“Jika tidak mahu membantu, tidak perlu memperlekehkan mereka yang susah,” komen netizen.
Ada juga segelintir netizen yang komen, jika tiada modal, bagaimana nak mulakan satu bisnes, dan ada pula yang mengkritik kenapa Datuk Vida tidak memakai penutup muka sedangkan Kuala Lumpur kini masih dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Apa-apa pun, camnilah. Kalau nak bantu yang menkibar bendera putih tolonglah, tapi jika tidak ingin itu, tolonglah senyap sahaja.