Viral Video Kelisa Redah Banjir, Kereta Kelisa atau Ikan Kelisa?!

Petang semalam, ibu kota negara telah dilanda banjir kilat terutama di kawasan Masjid Jamek.

Kebanyakan kendereaan tersadai dan tidak dapat bergerak kerana air yang telah naik hingga menutupi separuh kenderaan.

Namun, sebuah video yang dikongsikan oleh seorang warga Twitter mendapat perhatian ramai apabila ada sebuah kenderaan yang berani meredah banjir.

Jangan pandang hina Kelisa!

Video berdurasi 40 saat yang dikongsikan oleh @pheezothman itu menunjukkan sebuah Perodua Kelisa yang dipandu secara berhati-hati, berjaya mengharungi banjir.

“Jangan pandang hina kereta KELISA ok!! Chaiyokkk!!” tulisnya sebagai kapsyen.

Tak dapat kereta terbang, berenang pun boleh

Video yang telah pun mendapat sebanyak 700 ribu tontonan (setakat artikel ini ditulis) mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang mengatakan tak dapat kereta terbang, kereta berenang pun boleh dan rata-rata netizen juga membuat persamaan antara kereta Kelisa dan ikan Kelisa.

Wow, boleh tahan hebat Kelisa ni!

Share