Siapa saja yang tak kenal dengan kumpulan K-pop lelaki yang paling popular daripada Big Hit Entertainment, BTS. Lagi-lagi apabila salah satu lagu mereka ‘Dyanamite’ telah mencipta sejarah dalam industri K-pop apabila single itu berjaya mencalonkan BTS sebagai penyanyi Korea Selatan pertama dalam anugerah muzik berprestij, Grammy.

Dan disebabkan fenomena ‘Dyanamite’ itu, dilaporkan bahawa baju yang dipakai oleh mereka dalam musik video tersebut dapat dilelong dengan harga yang paling tinggi!

Cecah RM658 000?!

Difahamkan bahawa busana berwarna pastel yang dipakai oleh ketujuh-tujuh ahli BTS itu dalam musik video ‘Dynamite’ berjaya dilelong dengan harga mencecah RM658 000 ($162 500).

Pakaian itu telah dibida oleh seorang usahawan Jepun, Maezawa Yusaku dan Youtuber popular, Hikakin, menurut laporan media Japan’s Oricon News. Sesi bidaan tersebut dianjurkan oleh Julien’s Auctions, berpusat di Beverly Hills, Amerika Syarikat.

Bantu mereka yang terkesan

Kesemua hasil lelongan amal itu dikatakan akan disumbang kepada badan kebajikan MusiCares untuk membantu karyawan-karyawan seni yang terkesan akibat Covid-19.

Dikatakan proses lelongan itu akan didedahkan menerusi saluran Youtube oleh pembidanya tidak lama lagi.

Wow, boleh tahan aura BTS ni!