Penantian untuk kehadiran zuriat setelah 7 tahun berkahwin akhirnya berakhir bagi pelakon Jehan Miskin dan isterinya, Julie Camelia Rhee.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Jehan menerusi akaun Instagramnya pada 21 Februari lalu.

Diiringi letupan bunga api

Jehan telah memuat naik beberapa keping gambar yang mempamerkan dirinya mengendong anak sulung lelakinya yang baru sahaja lahir.

Tambah pelakon itu,putera sulungnya lahir pada tengah malam hari ke sembilan sambutan Tahun Baru Cina diiringi letupan bunga api.

“Selamat datang ke dunia anak lelaki saya, Axel Nova Rhee Jehan, nama pertama saya. Lahir pada tengah malam hari ke-9 sambutan Tahun Baru Cina dengan letupan bunga api, awak benar-benar satu keajaiban,” tulis Jehan pada ruangan kapsyen.

Dibanjiri ucapan tahniah

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada pasangan itu di atas kehadiran cahaya mata pertama mereka.

Malah, ramai rakan selebriti pasangan tersebut turut membanjiri ruangan komen hantaran itu dengan ucapan tahniah.

Jehan Miskin telah mendirikan rumah tangga dengan Julie Camelia Rhee yang merupakan warganegara Korea pada Mei 2013.