Setiap ciptaan Tuhan amatlah berharga, tak kiralah manusia atau pun haiwan.

Seorang anggota polis dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor telah membantu rescue seekor anjing yang tercedera di Lebuh Raya Persekutuan Kuala Lumpur.

Imej dari Facebook

Anjing tersebut cuba melintas jalan, tetapi malangnya, dilanggar dan tidak dapat bergerak. Anggota polis tersebut telah respon dengan segera dan menyelamatkan haiwan tersebut daripada dilanggar kenderaan.