Ada teori pernah mengatakan dalam dunia ini kita ada tujuh orang yang muka seiras dengan kita dan siapa sangka lelaki ini akan terjumpa dengan pelanduk dua serupanya di kenduri kahwin yang dihadirinya.
Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @TheBadung berkongsi sebuah video di mana ia memaparkan perjumpaan dua orang lelaki yang seiras di sebuah majlis kenduri kahwin.
Baju dan gaya rambut sama
Dikatakan mereka berdua ini tiada pertalian darah, tapi gelagat mereka setelah menyedari mereka berdua mempunyai iras sama malah serupa dari segi warna pakaian dan gaya rambut membuatkan ramai netizen geli hati.
Jadi perhatian media antarabangsa
Kedua-dua lelaki yang dirakam tersebut turut menjadi perhatian media antarabangsa setelah video itu tular di media sosial dan orang ramai turut memberikan komen bersetuju bahawa mereka memang mempunyai iras muka yang sama.