Hubungan di antara pelakon Zoey Rahman dengan pelakon kontroversi Zarina Anjoulie kelihatan semakin intim kebelakangan ini.

Malah keintiman pasangan tersebut sering menjadi perbualan di kalangan pengikut mereka dan warga netizen setelah kedua-dua pelakon tersebut dilihat kerap membuat sesi siaran langsung bersama di Instagram.

Namun sekadar pengetahuan netizen, mereka hanya “kawan” tapi satu hantaran terkini dimuat naik oleh Zoey membuat warganet ragu-ragu sama ada mereka ini, betul ke “kawan” sahaja?

Doakan kami

Melalui satu temu ramah dengan hmetro, apabila ditanya mengenai hubungannya dengan pelakon Gerak Khas itu, Zoey Rahman, atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar hanya berkata, “doakan kami,”

Tambah lagi, hantaran yang dimuat naik Zoey tersebut seolah-olah memberi gambaran mengenai hubungan cinta yang terjalin di antara dua artis tersebut.

Warganet tidak restu

Menurut Zoey, sejak memuat naik hantaran itu, ramai netizen telah menghantar pelbagai mesej peribadi (DM) kepadanya, ada yang teruja…ada sebaliknya.

“Ramai suka dan ramai juga kecam sebab orang ingat dia lebih berusia daripada saya selain status ibu tunggal dan pernah berkahwin dua kali.

“Ramai anggap dia negatif dan suruh saya bimbing dia kerana beberapa kontroversi yang mengaitkan dirinya sebelum ini.

“Sebenarnya dia ‘gila-gila’. Orang juga tak nampak kebaikan dirinya. Dia selalu bagi orang makan, berikan bantuan barangan dan banyak lagi. Berbanding mereka yang berimej Islamik tapi bersikap sebaliknya,” katanya.

Tambah beliau, dia bersyukur kepada mereka yang menyokong hubungan baru dia dengan Zarina Anjoulie, dan kepada yang tidak menyokong, tidak apa lah.

Untuk pengetahuan umum, Zarina Anjoulie telah disahkan bercerai dengan suami keduanya Eilyas Azhar hanya selepas dua bulan kembali rujuk selepas bercerai sekitar Februari lalu.