Di media sosial memang banyak gambar dan video kucing yang sememangnya terkenal dengan telatah lucu dan nakal mereka. Sifat ingin tahu mereka yang tinggi kadang-kadang membuatkan orang ketawa melihat kerenah mereka.

Antara kerenah kucing yang mendapat perhatian pengguna media sosial ialah apabila seorang pengguna Twitter @hanisschokman berkongsi gambar yang menunjukkan kucingnya yang kelihatan keliru selepas terperangkap dalam kereta.

Apa yang menarik dalam status yang dikongsi beliau ialah bila kucingnya yang terperangkap itu menyalakan lampu kecemasan umpama memberi isyarat yang dia terperangkap di dalam kereta jiran mereka.

Imej dari: Twitter @Hanisschokman

Bapa sedar lepas nampak lampu isyarat kecemasan kereta jiran menyala

Kucing yang diberi nama Oyen itu disedari terperangkap dalam kereta jiran mereka selepas bapa kepada Hanis sedang mengunci pagar dan lihat lampu kabus kereta jiran sedang menyala.

Ciapan yang dikongsi Hanis membuatkan netizen terhibur dengan gelagat kucing Oyen yang nakal dan bijak.