Semua mak inginkan jodoh yang terbaik untuk anaknya. Tapi kalau yang datang nak try adalah dari jantina yang sama, memang keluar teruslah sikap protactive seorang ibu!
Bekas ahli kumpulan Feminin, Deq Nor atau nama sebenarnya, Nor Intan Zanariah Zaharin meluahkan rasa marahnya di Instagram story apabila ada lelaki gay yang ingin dekat dengan anak terunanya.
Jangan mati pucuk sudah
Deq Nor yang berpanas hati dengan situasi tersebut, siap mengajak individu itu untuk bersemuka dengannya.
Sempat juga dia memberi amaran yang berbunyi “Kaki dah lama tak tendang orang ni! Rimau pun lama tak keluar dari badan ni. Jangan mati pucuk sudah ya gay,” menerusi laman Instagram storynya.
Memetik laporan daripada Astro Gempak, Deq Nor merupakan anggota kumpulan Feminin yang dibentuk sekitar awal 90-an tetapi memilih untuk mengundur diri setahun sebelum kumpulan itu dibubarkan kerana ingin fokus kepada keluarganya yang kini mempunyai tiga cahaya mata.
Wow! Garang betul Deq Nor! Tapi ya lah, kalau dah namanya seorang ibu, memang akan menjadi protactive la ke anaknya gituu.