Kecoh industri hiburan tanah air apabila didedahkan bahawa beberapa artis tempatan telah terlibat dalam skandal pelacuran kelas atasan.

Entah macam mana, pelakon Chacha Maembong terkena tempias skandal tersebut dan telah difitnah oleh netizen tentang penglibatannya.

Buat apa nak berlakon lagi?

Dalam temu duga bersama Harian Metro, Chacha telah menjelaskan bahawa dia tidak terlibat dengan sindiket tersebut dan kalau betul, dia tak perlu berlakon dan kerja.

“Saya bekerja dari dulu sampai sekarang memang cari rezeki. Orang nak cakap apa dan fitnah macam-macam, teruskan. Satu hari akan terbukti juga. Semalam keluar gosip kaitkan nama saya dalam skandal RM40,000. Ramai mesej peribadi (DM) di Instagram dan komen. Kalau betul, saya tak perlu berlakon dan kerja.

“Tapi itulah, semua itu mulut orang dan kaitkan dengan perangai saya dulu. Apabila saya sudah berubah pun, orang tetap kaitkan lagi dengan perangai lama saya. Bagi saya, ia adalah lumrah mulut orang,” jelasnya kepada Harian Metro.

Macau Scam pula

Beberapa hari lepas, Chacha menerusi laman Instagramnya, mengatakan bahawa dia tidak terlibat langsung dalam “Macau Scam” dan perjudian online.

Chacha membuat kenyataan tersebut apabila terdapat beberapa individu yang sebarkan fitnah tentang penglibatannya dalam sindiket “Macau Scam”.

Chacha juga menjelaskan bahawa dia tidak meminjam atau mengambil dana dari Dato’ Zaidi Kanapiah dan hasil sumbernya adalah daripada titik peluhnya sendiri.

Pelakon ini juga akan mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang menuduhnya.

View this post on Instagram

Read wisely..

A post shared by Chacha Maembong (@chacha_maembong) on

Aduh sesetengah netizen pun, suka tuduh melulu takde bukti. Apa pun, bersabarlah Chacha.