Nama Azwan Ali atau lebih sinonim dengan sapaan Diva AA memang tidak boleh disangkal lagi kredibilitinya sebagai seorang anak seni.

Kembalinya dia ke dalam bidang seni mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Bertemu Wani Comel

Baru-baru ini, Diva AA telah bertemu dengan gadis yang mempunyai masalah obesiti, Wani Comel.

Pertemuan bersama Wani itu turut dihadiri oleh rakan-rakan Wani serta dua orang ahli parlimen yang memberi sumbangan kepada Wani.

Kuatkan Semangat

Menerusi posting Instagram milik Diva AA, dia menyifatkan Wani sebagai seorang wanita yang kuat semangat dan cekal mengharungi ujian kehidupannya.

Dia juga menyatakan yang Wani merupakan peminatnya dan dia juga sempat titip pesanan buat Wani.

 “Dik Wani Comel pemalu pendiam. Kuat senyum semangatnya cukup kuat. Dengan wajah syurga yang teraniaya!

“Ohh Tuhan, walaupun, sesekali Adik Wani comel kuat termenung! Yang penting adik Wani Comel, fanatik Diva AA!

“To Adik Wani Comel, Kuatkan semangat! Firm on All evidence tau! Be strong! Jangan baca kecaman nerakazens! InshaAllah berjaya dunia akhirat sayang,” tulisnya panjang lebar sebagai caption IG.

Wani pernah menjadi perhatian netizen ekoran kontorversi mengenai kontraknya bersama usahawan kosmetik terkenal negara.

Wahh rupanya Wani ni peminat Diva AA.Semoga urusan Wani dan DivaAA dipermudahkan.