Baru ini, pasangan serasi Janna dan buah hatinya, Dini dikatakan sudah putus oleh segelintir netizen.
Namun, kenyataan tersebut disangkal oleh Dini sendiri.
Nafi Putus
Dini yang juga merupakan seorang pelakon baru, tampil menafikan kenyataan tersebut.
Katanya, hubungan dia dan Janna masih utuh dan bahagia, malah mendedahkan mereka kini sedang sibuk menjalani penggambaran bersama dalam drama arahan Michael Ang.
Kurang Berkongsi Foto
Dini juga turut akui yang dia kini kurang berkongsi foto bersama Janna kerana bimbang andai ramai pengikut akan berasa muak di kemudian hari.
“Kami masih bersama dan bahagia. Kami sedang menjalani penggambaran drama adaptasi novel, Marry Me Senorita nukilan Suri Ryana.
“Kami tidak mahu terlalu berkongsi foto kerana bimbang ramai pengikut jelak. Lagipun, drama lakonan kami akan disiarkan di televisyen (TV) kelak.
“Sebelum ini, kami sering berkongsi foto dan ada yang suka melayangkan kecaman. Apabila jarang muat naik foto pula dikatakan sudah putus,serba tidak kena jadinya,” katanya kepada Berita Harian
Gandingan Pertama
Menurutnya lagi, ini merupakan gandingan pertamanya bersama kekasihnya itu sebagai teraju utama dalam drama.
Meskipun teruja, Dini memaklumkan yang mereka berdua tetap profesional ketika berada di set penggambaran.
Haaa pandai-pandai je netizen ni buat andaian. Buat Janna dan Dini semoga jodoh anda bakal menuju ke satu fasa yang lebih bagus nanti.