Bila berkecimpung dalam dunia hiburan ni, memang banyaklah mata-mata netizen yang memerhati. Kalau ada selebriti buat salah, cepat je ditegur. Tak salah nak tegur tapi jadi tak best bila cara ditegur tu guna bahasa kasar, siap pakej perli lagi.
Baru-baru ni, pelakon Que Haidar mendapat komen negatif daripada seorang netizen yang tak dikenali gara-gara gambar dia bersama keluarganya menziarahi pusara yang dimuat naik di laman Instagramnya.
Alhamdulillah, ada yang sudi tegur
Komen individu tersebut kemudiannya dikongsikan di Instagramnya bersama balasan terhadap ‘teguran’ itu.
“Alhamdulillah, ada yang sudi tegur saya. Tapikan ianya lebih indah kalau guna bahasa yang lebih baik kerana anda Melayu serta beragama Islam,” tulis Que dengan penuh sopan.
“Apa yang saya tahu, kita ada bahasa yang lebih indah serta Islam pun mengajar kita bercakap benda yang baik-baik….apa pun, Alhamdulillah,” sambungnya.
Tak ada adab!
Komen negatif itu mempertikaikan perkongsian pelakon lelaki tersebut, mengatakan bahawa menziarahi kubur ada adabnya dan bukan tempat untuk tunjuk-menunjuk kebaikan.
“Di kubur tempat kita lupakan duniawi, tempat kita ingat mati, bukan tempat untuk sibuk tunjuk dekat orang (aku dekat kubur ni),” tulis netizen tersebut.
Individu tersebut juga mengatakan bahawa ramai orang Melayu jahil tentang adab di kubur dan seolah-olah tak takut langsung.
“Wahai semua Melayu, kau Melayu kafir atau Melayu Islam?” tambahnya.
Alahai, nak tegur pun elok-elok lah. Nasib Que tak cepat koyak dan setel masalah dengan cara tenang. Salute dekat Que!