Siapa je tak bengang kalau dapat barang yang salah kan, lagi-lagi bila dah sampai rumah baru perasan. Tambah pula butik jauh daripada rumah, memang hangin laa.
Inilah yang terjadi kepada pelakon Zarina Anjoulie yang melepaskan rasa sakit hatinya menerusi laman Instagramnya.
Tag alarm tak tanggal
Menurut Zarina, pakaian yang diterimanya itu tidak seperti yang diminta apabila dia hanya menerima sehelai seluar sahaja walhal dia meminta dua warna.
Bukan itu sahaja, tag alarm pada seluar tersebut juga tidak ditanggalkan oleh pekerja butik itu.
“Aku sumpah angin gila dengan budak pekerja ni, kau beri aku satu sahaja, aku minta dua warna tu pun bodoh sebab pertama kali minta dah salah.
“Bila aku semak, aku tak sangka budak anj*ng tu bodoh sampai salah kali kedua, jadi aku anggap semuanya okay.
“Balik lepas dah hooray, buang resit segala baru aku sedar anj*ng ni beri aku satu helai sahaja lepas itu tag alarm bodoh ni ada lagi!,” luah Zarina.
Dahlah jauh!
Sudahlah rumahnya di Negeri Sembilan, nak patah balik ke Shah Alam, Selangor semata untuk menanggalkan tag alarm dan tukar seluar adalah satu perkara yang menyukarkan dirinya yang sibuk dengan kerja.
“Dah lah jauh nak mari dari rumah aku ke Shah Alam ni, aku betul-betul marah.
“Aku sumpah rasa nak pergi sana maki hamun dia, aku ni dah lah banyak kerja, kau tambah beban kat aku lagi aku harap kau m*ti siap kau kejap lagi!,” tulisnya menerusi post Instagramnya yang telah pun dipadam.
Lain kali jangan berborak time kerja
Pelakon wanita itu ada juga berkongsikan video menerusi story Instagramnya, yang memaparkan keadaan seluarnya yang tak boleh dipakai kerana tag alarm yang masih ada.
“Sudahlah salah warna siap dengan tag lagi. Lain kali bila kerja, jangan cakap-cakap, borak-borak, menyusahkan aku!,” katanya dengan penuh amarah.
Siapalah agaknya yang berani cari pasal dengan Zarina Anjoulie, kan tak memasal viral haa, siap pakej kena maki lagi.