Universiti Limkokwing, terkenal dengan mempunyai ramai pelajar dari Afrika.

Baru-baru ini, sebuah billboard kurang sensitive didirikan di halaman universiti teknologi swasta terungul di Cyberjaya, iaitu Universiti Limkokwing.

Imej dari Twitter


Billboard tersebut mengambarkan pemilik universiti, Tan Sri Lim Kok Wing sebagai ‘King of Africa’ atau Raja Afrika. Di bahagian kiri imej itu terpapar lukisan seekor citah bersama Lim Kok Wing manakala di bahagian kanan pula merupakan sebuah foto Lim dikelilingi pelajar-pelajar kulit hitam di Sierra Leone.

Billboard itu mempunyai sentimen ‘White Saviour’ di mana seorang individu yang berkulit cerah seolah-olah menyelamatkan orang kulit hitam, memberangkan ramai pihak terutamanya pelajar Afrika di Limkokwing. Walaupun begitu, pelajar kulit hitam di situ tak dapat menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kerana bimbang status visa mereka terjejas.

Samantha Chin telah membuka sebuah petisyen untuk menurunkan billboard tersebut. Menurut beliau, billboard tersebut bersifat rasis dan memperlekehkan orang berkulit hitam. Selain itu, papan tersebut tidak bertimbang rasa dengan isu semasa, #BlackLivesMatter Movement, yang bertujuan untuk membela nasib orang kulit hitam.


Di samping itu, Chin juga menyeru universiti itu untuk berusaha dan melibatkan diri mereka untuk melindungi pelajar Afrika dari rasisme dan diskriminasi, lebih-lebih lagi setelah salah kematian Thomas Orhions Ewansiha, pelajar PhD dari Nigeria yang meninggal dunia dalam tahanan polis pada tahun 2019.


Sejak kejadian ini, #LimkokwingRacist telahpun semakin trending di Twitter. Pihak Limkokwing telah meminta maaf dan membuang banner tersebut.