Punca sebenar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini diumumkan adalah untuk menghalang wabak COVID19 ini daripada merebak sekali lagi.

Gelombang ketiga wabak di negara ini adalah lebih teruk daripada gelombang pertama yang menyebabkan PKPB diumumkan untuk menghentikan kenaikan kes COVID19 ini.

Namun selepas sahaja pengumuman PKPB dibuat, kebanyakan rakyat yang berada di kawasan yang terjejas sudah mempunyai pelan untuk “lari” atau balik kampung kerana tidak mahu dikurung.

Netizen marah sekali lagi

Ini secara tidak langsung telah menimbulkan kemarahan netizen di media sosial terutama sekali di Twitter.

Rata-rata netizen di Twitter berpendapat bahawa PKPB ini tidak akan berjaya kalau mereka yang berada di kawasan yang terjejas ini sesuka hati sahaja balik kampung untuk mengelak PKPB.

Seperti biasa kemarahan netizen di media sosial memang tiada batasnya sehingga kata-kata carutan juga diluahkan.

Ada juga yang marah kerana disebabkan mereka yang ingin melarikan diri daripada kena kurung, secara tidak langsung dah buat jalan menjadi sesak.

Bukan kali pertama

Sejarah berulang sekali lagi, sama seperti fasa pertama PKP dahulu yang membuatkan ramai rakyat pulang ke kampung kerana semua kedai, tempat kerja dan institusi belajar sudah tutup.

Perbuatan itu juga telah menimbulkan kemarahan rakyat dan lagi sekali berulang situasi yang serupa, tetapi ia nampak lebih mementingkan diri sendiri berbanding fasa pertama dahulu kerana PKPB ini hanyalah dua minggu sahaja dan kedai masih lagi dibuka.

PKPB kali ini tidaklah melibatkan seluruh negara, cuma negeri tertentu saja dan disebabkan itulah, ada segelintir penduduk daripada negeri yang terjejas itu melarikan diri daripada ‘terkurung’.

Rakyat kenalah berjaga-jaga dengan gelombang ketiga wabak ini kerana ia lebih teruk dari fasa pertama dengan memakai pelitup muka dan menggunakan hand sanitizer atau cuci tangan dengan teliti setelah menyentuh permukaan atau barang yang ramai orang telah sentuh.

Mungkin ramai tidak tahu yang gelombang ketiga ni lebih teruk daripada gelombang pertama kerana tiada langkah drastik yang dikenakan lagi terutama yang berada di Semenanjung Malaysia.

Marah tu marahlah jugakkan, tapi yang penting stay safe!