Sejak kebelakangan ini, usahawan dan personalati sosial media, Syafiqah Aina dan suaminya, Hafiz Mahamad selalu menjadi tumpuan netizen.

Dan lagi sekali, pasangan tersebut menarik perhatian wargamaya apabila mereka bakal membuka sebuah klinik estetik sendiri iaitu Ainaa Clinic tidak lama lagi.

Perjalanan baru

Aina menerusi laman Instagramnya mendedahkan bahawa syarikat kosmetik miliknya AINAA Beauty akan menempuh perjalanan baru sebaik sahaja Ainaa Clinic mula beroperasi.

Hantaran yang ditulis dengan panjang lebar itu turut disertai dengan beberapa gambar yang menunjukkan dia berpakaian skrub di hadapan klinik yang masih dalam proses pengubahsuaian.

Pakaian skrub, kredibiliti

Meskipun klinik itu masih lagi belum beroperasi, ramai pula yang tampil mengeluarkan pendapat masing-masing di samping memberi komen mengenai pakaian skrub yang dipakai oleh pasangan itu, yang mana kebiasaannya dipakai oleh pegawai perubatan.

Malah, ada juga yang mempersoalkan kredibiliti pasangan usahawan tersebut untuk menguruskan sebuah klinik tanpa sebarang pengetahuan yang melibatkan bidang berkenaan.

Namun begitu, seorang pengguna Twitter telah tampil dan menjelaskan situasi tersebut, dari segi berpakaian skrub dan juga membuka sebuah klinik estetik.

Dalam ramai yang mengecam, ada juga yang memuji kesungguhan pasangan tersebut yang mana dalam masa yang sama, telah mewujudkan peluang kerjaya menerusi klinik estetik ini.

Wow! Tahniah Syafiqah Aina dan suami!  Buka klinik ni memang boleh dikatakan big achievment!