Kalau cerita pasal peribahasa apa yang ramai tahu, mungkin jawapannya “bagai aur dengan tebing” atau “sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua” atau peribahasa-peribahasa klise yang lain.
Takpe, sekurang-kurangnya korang tahulah beberapa peribahasa yang pernah belajar dekat sekolah dulu.
Tapi sekarang ni, nak cerita yang sebenarnya bahasa Melayu ada banyak peribahasa yang pernah dicipta sejak dulu lagi dan ada juga sesetengahnya yang boleh dikatakan agak unik dan pelik. Sini, Jangan Koyak nak senaraikan lima peribahasa yang unik dan pelik!
Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah
Bukan peribahasa Melayulah kalau tak gunakan nama haiwan, betul tak? Kebanyakan peribahasa Melayu akan menggunakan haiwan macam tupai, kera dan peribahasa yang ini, gajah.
Peribahasa yang satu ni memang jarang didengar tapi memberi maksud yang sepertinya agak kena dengan situasi sekarang.
Maksud: Susahkan orang kecil kerana ingin menyenangkan orang yang hebat
Jangan memberi bunga kepada monyet
Dah kenapa pula jangan bagi bunga dekat monyet? Tapi kalau bagi bunga dekat monyet, mesti boleh agak pengakhiran bunga tu macam mana.
Maksud: Memberi sesuatu yang baik sepatutnya pada tempat yang sesuai.
Jangan bagai babi merasai gulai
Alamak, dengar macam kasar je kan peribahasanya tapi peribahasa ni digunakan sebab zaman dulu, darjat tu amat penting. Kebanyakan orang bangsawan tak boleh bergaul, apatah lagi berkahwin dengan orang biasa.
Maksud: Orang yang hina tak boleh berkahwin dengan orang bangsawan.
Naga ditelan lidi
Kalau peribahasa yang sebelumnya tak bagi orang bangsawan atau berdarjat tinggi kahwin dengan orang biasa, peribahasa yang ni membawa maksud yang bertentangan.
Maksud: Orang yang ada darjat tinggi berkahwin dengan orang biasa.
Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut
Haa, peribahasa yang satu ni memang sesuai bagi mereka yang tak pernah berubah. Nak digunakan sebagai sindirian pun memang ngam.
Maksud: Yang jahat itu masih jahat
Ini baru lima peribahasa, dekat luar sana ada beratus-ratus lagi yang korang boleh guna. Mana lah tahu, kot-kot boleh nampak bijak bila berbual, lagi-lagi dengan orang-orang zaman dulu sebab mereka ni memang selalu pakai bahasa kiasan.