Pengarah Michael Ang cukup terkenal dengan sikapnya yang begitu lantang dalam menyuarakan pendapatnya.
Berang Dengan Netizen
Michael meluahkan rasa bengangnya apabila netizen mempersoalkan tindakannya yang gemar berkongsi gambar-gambar outfit of the day (OOTD) di laman sosial miliknya.
Menurut Gempak, pengarah terkenal itu menerima banyak mesej peribadi daripada netizen di media sosialnya yang meminta untuk melakukan perkara yang lebih berfaedah terutamanya amal jariah kepada golongan yang terkesan ketika pandemic Covid-19 ini.
“Aku stres dengan korang, aku tak faham apa yang korang nak. Sekarang aku mula suka post OOTD sebab aku tak ada benda nak post. Takkan hari-hari nak post di set tengah penggambaran, jadi post benda lain.
“Korang mula DM aku, kata tahulah aku mampulah, daripada tayang aku punya OOTD, baik aku pergi dermalah,” katanya menerusi satu hantaran video di Instagram.
Tak Tayang Kebajikan
Tambah Michael lagi, tiada sebab untuknya menayangkan segala bentuk kebajikan yang dilakukan selama ini.
“Takkan kita nak menderma pun kita nak tunjuk pada orang. Nak tunjuk aku pergi rumah anak yatim? Korang nak aku tunjuk paparan tangkap layar orang yang hutang aku tapi tak boleh bayar balik sebab tak dapat kerja dan aku kata okay. Nak tunjuk aku ni baik?
“Kalau nak derma itu antara aku dengan Allah. Kalau betul ikhlas, tak ada maknanya nak post kat Instagram beritahu korang semua. Apa masalah korang?” katanya lagi dalam video tersebut.
Mohon Tidak Memperlekeh Seseorang
Michael dalam video tersebut turut memohon agar orang ramai tidak memperlekeh seseorang hanya kerana tidak melihat kebaikan seseorang di media sosial.
“Sudah-sudahlah korang nak jadi alim sangat, nak masuk di Instagram, DM.
“Derma tak derma itu hidup aku. Korang ingat korang bagus sangat? Korang yang cakap tu korang buat derma ke? Kita buat derma pun kita tak nak beritahu oranglah. Buat apa nak tunjuk, nak riak. Get a life!” tegasnya.
Haih macam-macam lah netizen ni. Buat Michael just be yourself, you do you okay!