Umum mengetahui bahawa Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan membahasakan dirinya sebagai ‘abah’ ketika membuat perutusan khas.
Namun, penggunaan ganti nama ‘abah’ yang dilakukan pada perutusan khas semalam seperti mengundang rasa tidak senang dan kemarahan netizen.
Mula ‘rotan’
Pada siaran langsung perutusan khas semalam, perdana menteri Malaysia secara berseloroh mengatakan akan mula menggunakan ‘rotan’ kepada rakyat yang melanggar undang-undang berkaitan SOP COVID-19.
Sepertinya kata-kata yang bertujuan untuk menunjukkan sikap ramah Muhyiddin itu tidak menerima reaksi postifi daripada sesetengah netizen.
#MuhyiddinOut
Ini dapat dilihat apabila netizen mula menggunakan hashtag #MuhyiddinOut yang menjadi trending di Twitter sehingga hari ini, menggesanya untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Malah, ada juga sesetengah netizen yang memberi penjelasan bahawa permulaan hashtag tersebut bukanlah disebabkan ayat selorohnya itu namun, adalah disebabkan beberapa faktor lain juga.
Terdapat juga sesetengah netizen yang tidak setuju dengan trending hashtag sebegitu, mengatakan rakyat tidak menghargai apa yang beliau lakukan selama ini.
Mungkin kemarahan netizen adalah disebabkan kes COVID-19 yang meningkat hari demi hari begitu membimbangkan. Apa yang boleh buat sekarang hanyalah ikut SOP dan berdoa agar semua rakyat Malaysia dalam keadaan yang baik-baik saja.