Pasangan merpati dua sejoli Nabil Mahir dan Ayda Jebat yang mengikat tali pertunangan tahun ini dijangka akan bernikah awal tahun hadapan.
Meskipun belum lagi berkahwin tapi Nabil sudah nyatakan hasratnya mengenai cahaya mata.
Ingin Anak Ramai
Setelah mengikat tali pertunangan pada April lalu, pasangan ini dikatakan akan bernikah pada Jumaat ini pada 1 Januari 2021.
Meskipun gementar menanti hari bahagia namun Nabil dikatakan turut teruja dan menyatakan keinginannya untuk mempunyai bilangan anak yang ramai.
Dia turut berkata, kalau boleh dia ingin memiliki 13 orang anak kerana itu nombor kegemarannya.
“Saya anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. Kalau boleh saya nak 13 orang anak. Mengapa tidak kalau dikurniakan rezeki? Dalam masa sama, 13 itu nombor kegemaran saya,” katanya.
Tidak Rancang Soal Anak
Dalam masa yang sama, Ayda juga turut memberitahu bahawa dia dan Nabil tidak merancang dalam soal anak dan hanya berserah kepada rezeki Allah.
Terdahulu, Ayda dan Nabil mengikat tali pertunangan pada April lalu secara atas talian setelah beberapa bulan menyulam cinta.
Wahh ramai ya anak, dah boleh buat team bola! Apa-apa pun semoga urusan Nabil dan Ayda dipermudahkan.