Nampaknya hubungan personaliti media sosial, Sharifah Rose dengan Aazief Khalid menjadi buah mulut netizen apabila didapati masing-masing telah memadam gambar bersama di laman Instagram.

Unfollow juga?

Bukan setakat padam gambar bersama, kedua-dua mereka sepertinya telah unfollow satu sama lain di Instagram.

Aazief juga telah memadam semua postingan di laman Instagramnya.

Awalnya hanya berkawan

Sharifah Rose yang pada awalnya mengaku hanya berkenalan dan berkawan dengan anak Datuk K itu, telah bertukar status kepada kekasih tahun lepas.

Difahamkan mereka mula berkenalan setalah bertemu dalam sebuah majlis tahun lalu dan mula berhubung melalui DM Twitter.

Malah, Aazief juga pernah dilihat mengikut bercuti bersama Sharifah Rose dan rakan-rakan lain ke Phuket, Thailand.

Hmm, mungkin gaduh kejap kot, mana la tau kan….