Nurul Hafidzah menggangap perbuatan pelakon Nabila Huda dan pengacara Awal Ashaari bersifat kebudak-budakan apabila dirinya dianggap gila glamor selepas menjadi viral ekoran dirinya menjadi penguam bela bagi Siti Bainun.

Jalankan tugas

Nurul Hafidzah berkata, dia hanya menjalankan tugas sebagai seorang peguam dan sekiranya dua pelakon tersebut tidak berpuas hati, mereka seharusnya memarahi orang yang menyaman mereka dan bukanya dia.

“Saya rasa perkara itu sangat picisan, bend aitu tidak dapat membuat sesuatu perdebatan secara fakta. Sebenarnya bagi saya ia agak lucu sebab saya rasa macam kiddish begitu.

“Apa yang saya lakukan seperti hantar surat tuntutan saman adalah prosedur biasa untuk membawa sesebuah kes ke mahkamah.

“Mereka sepatutnya marah orang yang menyaman mereka dan bukannya peguam. Kami hanya menjalankan tugas,”katanya kepada salah sebuah media sensasi.

Gila glamour?

Di dalam posting yang dimuat naik oleh Nabila Huda dia menyifatkan Nurul Hafidzah gila glamour kerana tindakanya yang terus mengantar kenyataan media kepada wartawan tanpa memberitahu dirinya di saman.

Selain itu, Awal Ashaari turut memerli Nurul Hafidzah dengan mengatakan bahawa dia ingin menumpang glamour peguam tersebut dengan repost post yang berkaitan dengan dirinya.

Kedua-dua artis itu turut terkait dengan kes saman yang mana Nurul Hafidzah merupakan peguam yang dilantik mewakili plaintif bagi menyaman mereka berdua.

Awal pernah disaman oleh sebuah syarikat hiasan dalaman kerana memfitnah  berhubung kerja-kerja pengubahsuaian rumah.

Sementara Nabila Huda pula pernah disaman ekoran tindakannya menuduh seorang aktivis kemanusian menyalahgunakan barang-barang mangsa banjir yang disumbangkan.