Semalam, kecoh di laman sosial apabila pendakwah bebas PU Riz hadir di majlis perkahwinan adik Neelofa pada hari Ahad.

Perkara ini telah membangkitkan spekulasi netizen terhadap hubungan PU Riz dan Neelofa apabila pendakwah bebas itu hadir memakai baju yang sedondon dengan keluarga Neelofa.

Bagi hint

Bukan itu sahaja, kakak Neelofa, Noor Nabila juga sepertinya memberi hint menerusi Instagram Storynya yang sempat merakam aksi mereka berdua berbual dan disertakan dengan emoji love.

PU Riz juga dilihat dalam beberapa gambar bersama ahli keluarga Neelofa.

Hanya untuk membaca doa

Namun, PU Riz menepis spekulasi tersebut menerusi Gempak dan tampil memberi penjelasan, mengatakan keberadaannya di majlis itu hanyalah untuk membacakan doa.

“Saya cuma diminta dia (Neelofa) untuk membacakan doa saja,” jelasnya.

Sebelum ini, hubungan PU Riz dan Neelofa pernah diperkatakan netizen apabila dilihat kedua-duanya sering bersama sejak Ramadhan lalu.

Tetapi spekulasi itu dinafikan oleh mereka berdua, menjelaskan bahawa perjumpaan mereka hanyalah atas dasar kerja sahaja.

Doa yang baik-baik je gais. Kalau ada jodoh, tak kemana haa gituu.