Dakwaan terhadap pelakon Puteri Sarah Liyana yang dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu menimbulkan tanda tanya netizen tentang keadaan rumah tangganya.

Isteri kepada pengarah terkenal tanah air, Syamsul Yusof itu hadir dengan berjubah dan bertudung hitam serta ditemani oleh seorang wanita yang didakwa adalah ibu mentuanya.

Tiada apa yang ingin dikongsikan

Memetik laporan Harian Metro, sebab sebenar Puteri Sarah di sana masih tidak dapat dipastikan.

“Maaf, tiada apa yang ingin saya kongsikan buat masa ini,” jelasnya.

Kelibat Puteri Sarah di sana menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di situ apabila dia memasuki bahagian undang-undang keluarga.

Dah unfollow

Dikhabarkan juga bahawa Puteri Sarah sudah unfollow Syamsul di Instagram manakala Syamsul masih lagi follow Puteri Sarah.

Kali terakhir Syamsul upload gambar bersama isteri dan anak-anak adalah pada Mei lalu dan gambar bersama Puteri Sarah pula pada November tahun lau.

Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 3 , dan Sumayyah,1.

Harapnya tak ada apa lah. Doakan yang baik-baik sahaja untuk pasangan ini.