Rapat Dengan Atikah, Engku Emran Dah Move On?

Betul ke lelaki ni cepat move on? Tak tahu la betul ke tidak tapi baru-baru ni ada kecoh dekat satu portal hiburan Indonesia, insertlive.com, mengatakan bahawa bekas suami Laudya Cynthia Bella atau Bella, Engku Emran, dah move on.

Disebabkan Tagging

Semuanya bermula apabila pada 22 Julai 2020, Engku Emran ada meng’tag’ Instagram milik Atikah Abu Bakar, @atikashburn di postnya.

Empat pemilik Instagram di’tag’ oleh Engku Emran tetapi hanya Atikah seorang saja yang wanita, yang lain semua lelaki.

Dari: Instagram

Katanya Semua Lelaki?

Dulu, Bella pernah beritahu yang kumpulan berbasikal bekas suaminya itu semuanya lelaki jadi, para peminat Bella rasa pelik bila tiba-tiba muncul seorang wanita dalam aktiviti berbasikal Engku Emran.

Sumber imej: Instagram atikashburn

Dah Muncul Sejak 21 Jun

Melalui hasil siasatan netizen, kelibat Engku Emran dah mula muncul di Instagram Atikah sejak 21 Jun lagi tapi bukanlah berseorangan, ianya secara berkumpulan.

Dikatakan oleh insertlive.com bahawa Atikah adalah seorang usahawan kaya raya di Malaysia dan mempunyai perniagaan basikal. Namun, maklumat tersebut tak dapat disahihkan melainkan dia pernah bekerja di bidang korporat dan berdasarkan profil Instagramnya, dia juga merupakan brand advocate untuk @cyclistwardrobe.

Engku Emran dan Bella bernikah pada September 2017 dan menurut kenyataan Bella pada Julai 2020, mereka telah pun bercerai namun tarikhnya tidak dinyatakan.

Selepas Erra dan Bella, adakah Atikah pula yang menjadi wanita seterusnya? Entahlah tapi apa-apa pun, jangan koyak dulu, chill-chill dulu.

Share