Kadang-kadang kata-kata sesetengah netizen boleh dikatakan tak berasas dan boleh jadi fitnah. Jadi, bila kena tuduh benda yang tak betul, siapa je tak nak nafikan.

Penyanyi, Ara Johari menafikan tuduhan netizen yang mendakwanya mempunyai masalah sosial apabila dilabel sebagai kaki ‘minum’.

Berani sumpah

Menerusi Astro Gempak, Ara berkeras mengatakan bahawa dia tidak pernah mengambil sebarang minuman keras sepanjang hidupnya.

“Saya berani bersumpah yang saya tak pernah minum, tak pernah sentuh sebarang minuman beralkohol atau mengambil dadah,” jelas Ara.

Dia juga meluahkan perasaan kecewanya apabila didakwa sebegitu kerana perkara tersebut sangat sensitif.

“Saya agak kecewa bila orang buat dakwaan begini. Hal ini sangat sensitif, tapi mulut orang kita tak boleh nak tutup. Apa yang penting, saya tahu yang saya tak sentuh dan ambil benda-benda tu semua,” kata penyanyi Bunga itu.

Kurus bukan sebab ambil ‘barang’

Tambahnya, dia tak faham kenapa ada sesetangah pihak yang membuat tuduhan tak berasas sedemikian terhadapnya.

Malah ada juga yang menuduhnya mengambil ‘barang’ atau dadah hanya disebabkan badannya yang kurus.

“Saya tidak tahu mengapa orang tuduh saya kaki minum. Bahkan ada juga yang kata saya ambil ‘barang’ hanya kerana saya kurus. Walhal saya kurus sebab memang susah nak naik berat badan, bukan ambil dadah,” ujarnya.

Berkawan dengan semua

Bagaimanapun, Ara mengaku bahawa dia berkawan dan bergaul dengan mereka yang menjalani kehidupan sosial. Namun, ini tidak bermakna Ara juga perlu ikut perbuatan mereka.

“Saya berkawan dengan semua orang. Saya memang ada kawan yang sosial, yang minum, tapi bagi saya kita yang kena pandai jaga diri. Kalau kawan minum, kenapa kita nak ikut.

“Tak apalah, janji orang sekeliling dan keluarga tahu saya macam mana pun dah cukup,” tambanhnya.

Netizen pun, suka sangat menuduh haa. Apa-apa pun, setuju dengan kata-kata Ara, kawan je dengan semua orang tapi benda yang buruk jangan ikut.